Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Tuesday 1 March 2011

Saat Kematian


Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم


Pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.AW..



Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 21:35)

Kali ni aku nk kongsikan berkenaan dengan perkara yang pasti dilalaui oleh setiap insan yang bernyawa iaitu kematian. Aku masih tersentak lagi dengan kematian sahabat yang sebaya dengan aku bulan lepas. Ajal dan maut ditangan Tuhan..Tidak kira tua atau muda, apabila sudah tiba masa dipanggil oleh Allah, kita tidak boleh lari kemana lagi. Persoalannya adakah kita telah bersedia untuk kembali kepadaNya?adakah kita telah yakin kita sudah mempunyai bekalan yang cukup diakhirat kelak?adakah kita hanya mengharapkan rahmat Allah semata-mata tanpa berbuat apa-apa?sama-samalah kita menghitung di mana kedudukan kita sekarang..

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

Sambung Rasulullah S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam pada masa yang sama itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

MasyaAllah..sekarang sudah jelaslah kepada kita bahawa saat kematian ataupun saat ajal kita di cabut itu amatlah pedih. Itu tidak di kira lagi apabila azab di kubur dan azab yang amat pedih di akhirat kelak. Sama-sama kita merenung diri kita sejenak adakah kita mahu menjadi seperti nazaknya seorang yang beriman ataupun nazaknya seperti seorang yang munafik.



Wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...