Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Friday 25 March 2011

Alquran dan Sains - Alquran dan Biologi 1

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Bahagian Otak yang Mengendalikan Gerakan Kita

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (Al-'Alaq 96:15-16)

Ungkapan "ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka" dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak, terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemukan fungsi bahagian ini selama kurun waktu 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur'an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu. Jika kita lihat bahagian dalam tulang tengkorak, di bahagian depan kepala, akan kita temukan kawasan frontal cerebrum (otak besar).

Buku berjudul Essentials of Anatomy and Physiology, yang mengandungi penemuan-penemuan terakhir hasil penelitian tentang fungsi bahagian ini, menyatakan:

Dorongan dan hasrat untuk merancang dan memulai gerakan terjadi di bahagian depan lobi frontal, dan bahagian prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi…(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411)

Buku tersebut juga mengatakan:

Berkaitan dengan penglibatannya dalam membangkitkan dorongan, kawasan prefrontal juga diyakini sebagai pusat berfungsinya bagi perilaku menyerang…(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211)



Jadi, kawasan cerebrum ini juga bertugas merancang, memberi dorongan, dan memulai perilaku baik dan buruk, dan bertanggung jawab atas perkataan benar dan dusta. Jelas bahawa ungkapan "ubun-ubun orang yang berdusta lagi bersalah" benar-benar merujuk pada penjelasan di atas. Fakta yang hanya dapat diketahui para ilmuwan selama 60 tahun kebelakangan ini, telah dinyatakan Allah di dalam Al Qur'an sejak dahulu lagi.


Kelahiran Manusia

Terdapat banyak pokok persoalan yang disebutkan dalam Al-Qur'an yang mengajak manusia untuk beriman. Kadang-kala langit, kadang-kala haiwan, dan kadang-kala tanaman ditunjukkan sebagai bukti bagi manusia oleh Allah. Dalam banyak-banyak ayat, manusia diseru untuk mengalihkan perhatian mereka ke arah proses terciptanya mereka sendiri. Mereka sering diingatkan bagaimana manusia sampai ke bumi, tahap-tahap mana yang telah kita lalui, dan apa bahan dasarnya:

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?. Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? (Al-Waaqi'ah 56:57-59)

Penciptaan manusia dan aspek-aspeknya yang luar biasa itu ditegaskan dalam banyak ayat. Beberapa informasi di dalam ayat-ayat ini tidak terperinci sehingga mustahil bagi orang yang hidup di abad ke-7 untuk mengetahuinya. Beberapa di antaranya sebagai berikut:

1. Manusia tidak diciptakan dari mani yang lengkap, tetapi dari sebagian kecilnya (spermazoa).

2. Sel kelamin lelakilah yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Janin manusia melekat pada rahim si ibu bagaikan lintah.
4. Manusia berkembang di tiga kawasan yang gelap di dalam rahim.



Orang-orang yang hidup pada zaman dikala Al Qur'an diturunkan, pasti mengetahui bahawa bahan dasar kelahiran berhubungan dengan mani laki-laki yang terpancar selama persetubuhan seksual. Fakta bahawa bayi lahir sesudah jangka waktu sembilan bulan tentu saja merupakan peristiwa yang umum dan tidak memerlukan penyelidikan lebih lanjut. Akan tetapi, sedikit informasi yang dikutip di atas itu berada jauh di luar pengertian orang-orang yang hidup pada masa itu. Ini baru disahihkan oleh ilmu pengetahuan abad ke-20.


Setetes Mani

Selama persetubuhan seksual, 250 juta sperma terpancar dari si lelaki pada satu waktu. Sperma-sperma melakukan perjalanan 5 minit yang sulit di tubuh si ibu sampai menuju sel telur. Hanya seribu dari 250 juta sperma yang berhasil mencapai sel telur. Sel telur, yang berukuran setengah daripada sebutir garam, hanya akan memberi masuk satu sperma. Ertinya, benih manusia bukan mani seluruhnya, melainkan hanya sebahagian kecil darinya. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an :

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?. Bukankah ia berasal dari setitik air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (Al-Qiaamah 75:36-37) 

Seperti yang telah kita amati, Al-Qur'an memberi tahu kita bahawa manusia tidak terbuat daripada mani selengkapnya, tetapi hanya sebahagian kecil darinya. Penekanan khusus dalam pernyataan ini mengumumkan suatu fakta yang baru ditemui oleh ilmu pengetahuan moden itu merupakan bukti bahwa pernyataan tersebut berasal dari Ilahi.


Pada gambar di samping, kita saksikan air mani yang dipancarkan ke rahim. Dari keseluruhan sperma berjumlah sekitar 250 juta yang dipancarkan dari tubuh lelaki, hanya sedikit sekali yang berhasil mencapai sel telur. Sperma yang akan memasuki sel telur hanyalah satu dari seribu sperma yang mampu bertahan hidup. Fakta bahawa manusia tidak diciptakan dengan menggunakan keseluruhan air mani, tapi hanya sebahagian kecil darinya, dinyatakan dalam Al Qur'an dengan ungkapan, "setitis mani yang ditumpahkan".


Campuran Dalam Air Mani



Cairan yang disebut mani tidak mengandung sperma saja. Cairan ini justeru tersusun dari campuran berbagai cairan yang berlainan. Cairan-cairan ini mempunyai fungsi-fungsi seperti mengandung gula yang diperlukan untuk menyediakan energi bagi sperma, menuetralkan asam di pintu masuk rahim, dan melicinkan lingkungan agar memudahkan pergerakan sperma.

Yang cukup menarik, ketika mani disingkap di Al-Qur'an, fakta ini, yang ditemui oleh ilmu pengetahuan moden, juga menunjukkan bahawa mani itu ditetapkan sebagai cairan campuran:

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al-Insaan 76:2)

Di dalam ayat lain, mani lagi-lagi disebut sebagai campuran dan ditekankan bahawa manusia diciptakan dari "bahan campuran" ini:

"Dialah Yang menciptakan segalanya dengan sebaik-baiknya, Dia mulai menciptakan manusia dari tanah liat. Kemudian Ia menjadikan keturunannya dari sari air yang hina."(As-Sajdah 32:7-8)

Perkataan Arab "sulala", yang diterjemahkan sebagai "sari", bererti bahagian yang mendasar atau terbaik dari sesuatu. Dengan kata lain, ini bererti "bahagian dari suatu kesatuan". Ini menunjukkan bahawa Al Qur'an merupakan firman dari Yang Berkehendak Yang mengetahui penciptaan manusia secara terperinci. Yang Berkehendak ini ialah Pencipta manusia. 



Jenis Kelamin Bayi


Hingga baru-baru ini, diyakini bahwa jenis kelamin bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Atau setidaknya, dipercaya bahwa jenis kelamin ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan. Namun kita diberitahu informasi yang berbeda dalam Al Qur'an, yang menyatakan bahwa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan".

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan,. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (An-Najm 53:45-46)


Kromosom Y membawa sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Di dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat kewanitaan. Di dalam air mani ayah, terdapat sperma-sperma yang berisi kromosom X atau kromosom Y saja. Jadi, jenis kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang memasuki sel telur, adakah X atau Y. Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, penentu jenis kelamin bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah. Pengetahuan tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al Qur'an diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahwa Al Qur'an adalah kalam Allah.

Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetik dan biologi molekuler telah membenarkan secara ilmiah ketepatan informasi yang diberikan Al Qur'an ini. Kini diketahui bahwa jenis kelamin ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua daripada 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada lelaki, dan "XX" pada wanita. Penamaan ini berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kewanitaan.

Pembentukan seorang manusia baru bermula dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom X. Sebaliknya, sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeza, satu berisi kromosom X, dan yang lainnya berisi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki. Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari lelaki yang bergabung dengan sel telur wanita.

Tak satu pun informasi ini dapat diketahui hingga ditemukannya ilmu genetik pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat, diyakini bahawa jenis kelamin bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.

Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, Al Qur'an telah mengungkapkan informasi yang menghapuskan keyakinan tahyul ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jenis kelamin bayi, akan tetapi air mani daripada lelaki. 

Bersambung...

Wallahua'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...