Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Saturday 5 March 2011

Pemakaian Cincin Bagi Lelaki

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah dengan segala limpah kurnia Allah Taala kita dapat lagi hidup di dalam keadaan yang aman serta selawat dan salam ke atas baginda Rasullullah S.A.W.

Pada entry yang lepas aku ada masukkan berkenaan dengan haram bagi orang lelaki memakai gelang tangan. Pada entry itu ada seorang hamba Allah yang bertanya pula tentang hukum bagi orang lelaki memakai cincin. InsyaAllah aku akan cuba mengongsi tentang hukum memakai cincin bagi orang lelaki.

Hukum memakai cincin bagi orang lelaki adalah sunat..ia adalah sunnah ataupun perbuatan Rasulullah S.A.W. Tetapi harus diingat kerana tidak semua cincin sunat ataupun boleh dipakai oleh semua orang lelaki.

Seperti hadis yang tercatat di dalam kitab Syamail Muhammad karangan Al-Imam al-Tirmizi, Anas bin Malik meriwayatkan, “Cincin Rasulullah S.A.W. terbuat dari perak dan batu cincinnya berasal dari Habsyi “ (Riwayat Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad )

Di dalam kitab itu juga, Ibnu Umar pula meriwayatkan, “Tatkala Nabi ingin menulis surat kepeada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari, Muslim].

Daripada dua buah hadis di atas, kita dapat tahu cincin yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W. adalah yang terbuat daripada perak. Rasulullah juga melarang kita daripada memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Ini juga berdasarkan dalil daripada hadis nabi yang lain :

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

 Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah. Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Jelaslah di sini haram bagi orang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Ada pula soalan yang bertanya tentang apa pula hukum memakai cincin yang diperbuaty dari emas putih? Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Zaharuddin di laman sesawangnya, beliau berkata : “Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya. (boleh rujuk di sini )

Sebagai tambahan, kitab Syamail Muhammad juga ada menyebut tentang cara pemakaian cincin Rasulullah S.A.W. Baginda memakai cincin seperti :

1)Pakai di jari kelinking pd tangan tangan(paling afdhal)
2)Pakai di jari kelinking pd tangan kiri
3)Pakai di jari manis pd tangan kanan
4)Pakai di jari manis pd tangan kiri
5)Makruh pakai cincin satu di sebelah tangan kanan dan satu lg di sebelah tangan kiri dan haram pakai 2 cincin pada tangan yang sama (contohnya pakai satu di jari kelinking dan satu lagi di jari manis pada tangan kanan atau kiri)


 Sumber: Kitab Syamail Muhammad karangan Al-Imam al-Tirmizi

Wallahua’lam




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...