Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Monday 21 March 2011

Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi?


Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat pemberianNya yang melimpah ruah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Baru-baru ini ikita dihebahkan dengan isu semasa iaitu berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.( Klik sini ). Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu sudah tentulah menimbulkan tanda tanya dan kegusaran di dalam hati kita manakan tidak kenyataan itu pula dikeluarkan oleh majlis fatwa. Bukan calang-calang organisasi di negara kita. 

Pada golongan yang baru memasang niat untuk mengadakan majlis akad nikah di masjid pasti akan berfikir 2 atau 3 atau 4 kali terlebih dahulu dan pada golongan yang telah melakukannya pasti tertanya-tanya adakah perbuatan mereka benar-benar salah dan berdosa. Usah khuatir abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, maklong-maklong, Islam itu mudah. Di sini dikongsikan jawapan bagi menjawab kenyataan tersebut. Jawapan ini di kongsi dari soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus di laman facebooknya (Klik sini)

Jawapan


 Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..


siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah..

siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.

Jngn terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam

Di sini juga di kongsikan jawapan yang di berikan oleh pendakwah bebas Ridhuan Tee (Klik sini)

Dan bagi mengukuhkan lagi hujah, dikongsikan juga khutbah dan akad nikah Syeikh Ali Jumu'ah, Mufti Mesir (Klik sini) ... - Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?- Ustaz Azhar Idrus

InsyaAllah dengan perkongsian yang dapat diberikan di atas akan membuka fikiran kita luas-luas yang mana benar dan mana yang batil. Sebenarnya perkara ini jika diamati amatlah besar kerana ia berkait rapat dengan pegangan dan kepercayaan kita. Amatlah sedih sekali apabila golongan yang berilmulah yang nampaknya pada masa kini lebih memberi impak dengan secara kita tidak sedar. Kesianlah kepada golongan yang kurang berilmu yang menerima bulat-bulat apa yang didengari tanpa berfikir dan menapis dengan akal dan iman. Benarlah kata-kata yang berbunyi, "Golongan yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya mempunyai potensi yang kuat dalam menyesatkan"




Berkahwin adalah sunnah Rasulullah yang dituntut

Wallahua'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...