Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Tuesday 22 March 2011

Alquran dan Sains - Pendahuluan

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah segala kepujian kehadrat Ilahi Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. , kepada keluarga Baginda, para sahabat, para ulamak serta muslimin muslimat yang seiringan dengan jalan yang dibawa oleh Baginda.

Beberapa hari yang lepas ada seorang pembaca yang singgah di blog ini dan meminta supaya aku berkongsikan artikel berkenaan dengan Alquran dan Sains. Terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang bertanya itu. Aku tidaklah mempunyai ilmu ataupun kajian berkenaan dengan Alquran dan Sains untuk dikongsikan. Bertepatan dengan nama blog ni jom share (share ilmu yang bermanfaat), So,aku mengambil inisiatif untuk mencari artikel yang berkenaan di internet yang boleh dikongsikan di sini. Alhamdulillah aku terjumpa satu artikel berkenaan dengan Sains dan Alquran yang sumbernya boleh dipercayai.

Setelah penelitian berlaku, aku ingin mengongsikan artikel berkenaan Sains dan Alquran hasil karya daripada ilmuan terkenal iaitu Harun Yahya. Disini aku ingin sertakan sedikit biodata tentang beliau sebagai kita menghormati ilmu yang beliau kongsikan dengan kita.


Harun Yahya adalah nama pena Adnan Oktar yang lahir di Ankara pada tahun 1956. Sebagai seorang da'i dan ilmuwan terkemuka asal Turki, beliau sangat menjunjung tinggi nilai akhlaq dan mengabdikan hidupnya untuk mendakwahkan ajaran agama kepada masyarakat. Nama pena Harun Yahya berasal dari dua nama Nabi: "Harun" (Aaron) dan "Yahya" (John) untuk mengenang perjuangan dua orang Nabi tersebut melawan kekufuran. Adnan Oktar memulai perjuangan intelektualnya pada tahun 1979, yakni ketika menuntut ilmu di Akademi Seni, Universitas Mimar Sinan.

Selama berada di universitas tersebut, beliau melakukan pengkajian yang mendalam tentang berbagai filsafat dan ideologi materialistik yang sangat berpengaruh terhadap masyarakat sekitar. Hal ini menjadikan beliau lebih tahu dan paham dibandingkan dengan para pendukung filsafat atau ideologi itu sendiri. Karya-karya pengarang yang berhubungan dengan Al-Qur'an: Pernahkah Anda Berpikir Tentang Kebenaran?, Mengabdi Hanya Kepada Allah, Meninggalkan Masyarakat Jahiliyyah, Surga, Teori Evolusi, Nilai Akhlaq Dalam Al-Qur'an, Ilmu Al-Qur'an, Index Al-Qur'an, Hijrah di Jalan Allah, Sifat Munafiq Dalam Al-Qur'an, Rahasia Orang Munafiq, Nama-Nama Allah Yang Agung dan banyak lagi.

Dalam entry kali ni aku just nak bagi pendahuluan saja berkenaan dengan artikel sains dan Alquran.  InsyaAllah pada entry yang seterusnya barulah akan dikongsikan dengan lebih detail apa yang dikatakan dengan ilmu sains itu sendiri telah tercatat di dalam Alquran berkurun-kurun dahulu lagi.

Firman Allah Taala:

 Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. (Ibrahim 14:1) 

Al-Quran ialah mukjizat teragung yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan terpelihara sehingga hari kiamat. Alquran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Wahyu yang pertama dari suroh Al-‘Alaq diturunkan  ialah apabila Nabi berumur 40 tahun pada tahun 620 Masehi dan Alquran mula dibukukan pada zaman khalifah Islam ketiga iaitu zaman Saidina Uthman.

Mukjizat Alquran merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia baik dari segi bahasa, perundangan, sejarah, psikologi, alan ghaib, nasihat dan kisah tauladan, ilmu sains dan lain-lain. Al-Quran mengandungi lebih drpd 750 ayat mengenai fenomena alam, berbanding hanya sekitar 150 ayat mengenai hukum hakam. Ayat berkaitan fenomena alam bertujuan mengajak manusia berfikir, seterusnya mendekatkan diri kepada Pencipta alam.

Kajian tentang Alquran amat luas skopnya. Memang tidak cukup jika kita hendak berkongsi semuanya walaupun kajian yang berkaitan dengan Alquran dan sains. Aku hanya dapat berkongsi serba sedikit sahaja di sini. InsyaAllah di sini aku akan cuba berkongsi kajian Alquran dan Sains dari empat aspek iaitu Alquran dan Biologi, Alquran dan Fizik, Alquran dan Bumi serta Alquran dan Astronomi. Di harap kalian semua dapat mendapat sedikit manfaat dari apa yang akan aku kongsikan di sini.


Bersambung....

Wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...