Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Monday 14 March 2011

Dalil Allah Maha Pengampun 1

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah dulu kini dan selamanya marilah kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dengan meningkatkan keimanan kita kepadaNya serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan ataupun dosa sama ada dosa itu kecil ataupun besar. Perbuatan dosa itu dilakukan mungkin berpunca daripada hasutan syaitan mahupun dari didikan nafsu kita sendiri. Jika hal itu berlaku, kita hendaklah segera bertaubat dan menyesal atas dosa yang kita lakukan itu. Kita tidak perlulah gusar dan teragak-agak untuk segera bertaubat memohon keampunan daripada Allah Taala kerana Allah Talah itu Maha Pengampun dan Penerima taubat selagi pintu taubat masih belum tertutup.

Tidak yakin lagi bahawa Allah Taala itu Maha Pengampun dan Penerima taubat hambaNya yang betul-betul hendak bertaubat? InsyaAllah entry kali ini akan berkongsi berkenaan dengan bukti-bukti ataupun dalil daripada Al-quran yang menunjukkan bahawa Allah Taala itu Maha Pengampun dan Penerima taubat dan insyaAllah sambungan daripada entry ini akan melihat pula dalil dari hadis Nabi Muhammad S.AW.

Firman Allah Taala:

A053

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)

Tidakkah firman Allah Taala ini dapat melapangkan hati, menghilangkan keresahan dan menghilangkan kegundahan kita? Kelihatan bahawa Allah Taala sengaja menyapa manusia dengan kalimat “wahai hamba-hambaKu..”  Adapun tujuannya adalah untuk menyatukan hati para hambaNya dan menyentuh perasaan mereka agar mendengar ayat tersebut dengan baik. Setelah itu, dapat dilihat bahawa Dia mengkhususkan ayat itu terhadap orang-orang yang melampaui batas kerana golongan itulah yang paling melakukan banyak dosa dan kesalahan.

Jadi bagaimana pula dengan kita yang sering kali juga melakukan dosa dan kesalahan? Dalam ayat tersebut Allah juga melarang kita daripada berputus asa dalam usaha memohon keampunan kepadaNya. Allah mengkhabarkan pula bahawa Dia akan mengampuni dosa siapa sahaja yang bertaubat kepadanNya baik dari dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tidakkah kita berasa gembira dan bahagia dengan firman Allah Taala yang berbunyi :

A135

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135) 

Allah Taala berfirman lagi di dalam Al-Quran :

A031

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisaa' 4:31)

A064

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:64)

A082

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Taha 20:82)

 Tatkala Nabi Musa membunuh seseorang maka dia memohon keampunan kepada Allah dan Allah menerima taubatnya:

A016

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qasas 28:16)

Juga firman Allah yang menjelaskan tentang Nabi Daud setelah bertaubat dan Allah mengampuninya:

A025


Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (Saad 38:25)

Sungguh benarlah bahawa Allah Taala benar-benar Maha Pengasih dan Maha Mulia. Bagaimana tidak, Dia masih menawarkan keampunan dan magfirahNya kepada orang-orang yang menyakini tiga tuhan (trinity). Firman Allah Taala tentang mereka: 

A073
A074


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Maaidah 5:73)
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maaidah 5:74)

p/s: sila lihat sambungan daripada entry ini..KLIK SINI Terima kasih.

Diceduk dan dikongsi daripada Buku ‘La Tahzan’ karya Dr. Aidh Al-Qarni.

Wallahua'lam.

2 comments:

.ina.✿✲-· said...

like :))

NB said...

terima kaseh..semoga mendapat manfaat insyaALLAH =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...