Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Saturday 19 March 2011

Wasiat Terakhir Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم


Pada 09 Zulhijjah telah berlakunya satu peristiwa yang besar perlu diingati seluruh Umat Islam & ianya menjadi catatan yang tidak boleh dilupakan oleh Umat Muhammad sehingga kini.Peristiwa yang dikaitkan dengan perjuangan Rasulullah itu adalah sangat berharga & menyimpan berbagai teladan untuk Umat Islam pada masa kini..Ianya adalah "pesanan terakhir daripada seorang Nabi & Rasul" yang diutuskan oleh Allah Ta'ala untuk menyebarkan dakwah Tauhid serta mengajak manusia mengEsakan Khalik(Pencipta) sebenar yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana..Pesanan ini disampaikan dalam bentuk Khutbah terakhir Baginda dilembah Uranah,Gunung Arafah,berhampiran kota Makkah pada 09Zulhijjah Tahun Ke-10Hijriah.

Isi Khutbah itu adalah;-

*"Wahai sekelian manusia..!Dengarlah baik-baik apa yang akan aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu kembali dengan kamu semua selepas ini.

*"Oleh itu dengarlah dengan teliti apa yang aku katakan ini & sampaikan ianya kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

*"Wahai manusia..Sebagaimana kamu menganggap Bulan ini & Kota Ini sebagai tempat yang suci.Maka Anggaplah Jiwa & Harta setiap orang Muslim itu sebagai Amanah Suci.

*"Kembalikan Harta yang diamanahkan itu kepada kamu kepada pemiliknya yang berHak.

*"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain pula tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu & Dia pasti membuat perhintungan atas setiap segala amalan kamu.

*"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan Riba.Justeru segala Urusan berkaitan membabitkan Riba itu adalah perlu dibatalkan segera mulai sekarang.

*"Berwaspadalah kamu terhadap Syaitan demi keselamatan Agama kamu ini.Dia(Syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara yang Besar,maka berjagalah kamu tidak akan mengikutinya dalam perkara yang Kecilnya pula.

*"Wahai manusia..!Sebagaimana kamu mempunyai Hak Keatas Isteri kamu.Maka mereka juga berhak mempunyai hak keatas kamu & sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makanan & pakaian dalam suasana kasih sayang.

*"Layanilah wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah Teman & Pembantu yang Setia bagi kamu.

*"Dan Hak kamu keatas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh mempelawa seseorang masuk kerumah pada orang yang kamu tidak sukai & dilarang Melakukan Zina.

*"Wahai Manusia..! Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini,Sembahlah Allah,dirikanlah solat lima waktu sehari, berpuasalah kamu pada bulan Ramadhan & tunaikanlah zakat pada harta kekayaan kamu.

*"Kerjakanlah "ibadat Haji" jika kamu mampu.

*"ketahuilah bahawa setiap Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lainnya.Kamu semua adalah sama & tidak seorang pun daripada adalah yang lebih mulia kecuali mereka yang tergolong dalam golongan yang senantiasa Bertaqwa & Beramal Soleh.

*"Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah Ta'ala pada suatu hari nanti untuk di pertanggung-jawabkan diatas segala apa yang kamu kerjakan.

*"Oleh itu,awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.

*"Wahai manusia..! Sesungguhnya tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas aku & tidak akan lahir agama baru selain Agama Allah yakni agama Islam.

*"Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan sebetul-betulnya & fahamilah akan kataku ini yang telah pun aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu akan dua perkara yang jika kamu berpegang-teguh & mengikuti keduanya,nerscaya tidak akan kamu tersesat selamanya.

*"Itulah Al-Quran & As-Sunnahku(Untuk pegangan kamu didunia mahupun Akhirat).

*"Hendaklah orang yang mendengar ucapan kata-kataku ini,menyampaikannya pula pada orang yang lain.

*"Semoga Orang yang terakhir akan memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

*"Saksikanlah Ya allah..!Bahawasanya sudah aku sampaikan RisalahMu kepada hamba-Mu."

Semoga Pesanan Terakhir Rasulullah ini dapat di hayati  & disebarkan Untuk panduan serta Pedoman dalam menempuhi liku penghidupan kita didunia ini serta  ke seluruh generasi akan datang agar ianya terus digenggam erat dihati dan sanubari mereka yang bergelar sebagai seorang MUSLIM..Insya Allah...!!


Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...