Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Monday 28 February 2011

Hukum Berfotografi

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat Allah Taala yang diberikan kepada kita serta selawat dan salam ke atas baginda Muhammad S.A.W..

Seperti yang kita sedia maklum, sudah menjadi trend sekarang begitu ramai orang termasuk kawan-kawan kita yang menjadikan kamera sebagai teman karib mereka. maksudnya ada yang mereka gunakan kamera dan mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang menjadikan itu sebagai karier mereka yakni sebagai photografer sepenuh masa. so, aku nk la kongsi di sini hukum-hakam yang berkenaan dengan fotografi.. aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..


Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).

Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.




Sumber: Digitalmukmin.com

Wallahua'lam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...