Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Saturday 19 February 2011

bermulanya hidup berbelog..

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat iman dan islamNya dapat lg kita sebagai hambaNya menghirup udara yg segar hari ini..selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W kerana dengan titik peluh baginda jugalah kita dapat merasa ajaran Islam yg benar dan tiada keraguan atas ajaran yg dibawa oleh baginda S.A.W..

Alhamdulillah dengan petunjuk dari Allah Taala maka terdetiklah hati ini untuk memiliki blog sendiri.setiap perkara itu dimulakan dengan niat..yg mana tujuan blog Jom Share ini ditubuhkan adalah dengan niat untuk mengongsi apa sahaja yg terlintas di benak hati ini.di samping itu niat dihati ini juga adalah bertujuan untuk mengongsi apa sahaja ilmu yg bermanfaat oleh kita semua baik ilmu di dunia dan akhirat.

Sebelum ini hanya facebook sahaja yg menjadi medan utk diri ini mengongsi apa yg dikatakan bermanfaat..Nabi juga pernah bersabda,apabila mati seseorang itu maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;anak yang soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya,sedekah jariah dan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.hendakkan anak,belum ada isteri.hendak bersedekah,belum betul2 mampu hendak istiqamah bersedekah..hanya sekadar yang mampu walaupun sedikit.semoga Allah mengiranya sebagai pemberian yang besar sekiranya pemberian kita itu ikhlas.semoga dengan ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu diri ini apabila berada di alam kubur kelak.setelah memikirkan hal-hal semasa dan demi manjaga maslahat umat,maka belog ini pn ditubuhkan (ada member sound.dia kata annoying la hg post bnyk2 kt fb..ok fine!!aku dh wat belog sekarang..tp bila pikiaq balik,ada ka ptt kita rasa annoying bila org post pasal hadis,pasal benda2 berilmiah..mmg kna check balik iman kita ni)..tetapi disebabkan rasa bertanggungjawab untuk diri ini menyebarkan benda baik2,dan mungkin juga menjadi bekalan di akhirat kelak atas ilmu-ilmu yg dikongsi,post jugala dekat fb..tp tidak bnyk sngt..so,dgn adanya belog ni,dapatlah diri ini post banyak2..(sapa berani nk maki aku pasni,try la..woi,ni belog aku ok!!!)

Sebelum melangkah dgn lebih jauh di dalam arena berbelog ini,diri ini ingin sangtlah memohon maaf terlebih dahulu jika dengan tertubuhnya belog ini akan menyebabkan hati sesiapa tersinggung atau merasa jijik dengan belog ini (xkn sampe jijik kot..dk kot..saja taip ni)..mintak maaf juga kalau diri ini akan menggunakan bahasa yg kasar atau tidak berapa enak didengari selepas ini..hanya sekadar mahu mengongsi..(myb cek guna bahasa kedah banyak la pasni..cek ska ckp bahasa kedah sbb bunyi dia kasaq)akan tetapi bahasa lain pn akn digunakan..insyaAllah..minta maaf juga kerana belog ini tidak cantik lagi..akan diperbaiki dari semasa ke semasa..

Akhir sekali,semoga dengan tertubuhnya belog ini dapatlah diri ini dan juga sesiapa saja menambah ilmu pengetahuan dan mendapat benda-benda yang bermanfaat.semoga Allah merahmati setiap apa yg kita buat asalkan perkara itu tidak melanggar perintahNya.jikalau sesiapa sahaja yg mahu mengongsi apa2 sahaja perkara yg bermanfaat,silalah hantar entry anda di emel ini mhi_54@yahoo.com insyaAllah akan dipostkan entry anda di belog Jom Share!

 Anas bin Malik mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

"... Barang siapa yang ditanya mengenai satu ilmu lalu ia menyembunyikannya, nescaya pada hari kiamat ia akan di kekang dengan kekang daripada neraka."

( riwayat ibnu majah hadis sahih )


Wallahualam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...