Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Sunday 20 February 2011

mendapatkan solat yang khusyuk


Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala Tuhan sekelian alam, serta selawat dan salam ke atas baginda Rasullulah S.A.W..semoga kita terus berada di dalam nikmat yg paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam..

Berkaitan dgn entry aku sebelum ni yg berkaitan dgn solat,so entry kali ni kira mcm lanjutan dari entry tu la..entry yg sebelum ni lbh bercerita psl solat yg khusyuk..maka dlm entry ni aku nk sharekan dgn hampa suma beberapa cara utk kita mencapai khusyuk dlm solat..berikut adalah cara2 yg aku boleh kongsikan :

  • ·         Pertama sekali niat dan keazaman..niat kita smbhyg mestila krn Allah.matlamat utama smbhyg adalah   utk mengingati Allah.kita mesti ikhlas bersembhyg atas alasan utk menunaikan perintah Allah dan pd masa yg sama kita berazam utk mencapai solat yg khusyuk.
  • ·         Wudhuk..wudhuk yg sempurna akan membawa kpd solat yg sempurna.jikalau semasa wudhuk kita dh   failed,maka solat pn kantoila..senang ckp xsah wudhuk,sembahyg pn xsah la.
  • ·       Pastikan juga diri kita berada dlm keadaan yg bersih.kalau bdn busuk ke,pakaian berbau ke,mcm mana nk khusyuk dlm solat.tumpuan kita akan diganggu oleh bau yg xmenyenangkan.terutamanya kita mesti suci dari hadas dan najis la.
  • ·         Kita merasakan bahawa kita sedang betul2 mengadap Allah Taala dan Allah sedang memerhatikan kita solat di hadapannya.jika sultan berada dpn,sdh pasti kita akan lbh tertib.tp skrg Pemerintah yg paling Agung berada di dpn kita.
  • ·        Merasakan diri kita amat kerdil dan hina di hadapan Allah Taala.merasakan juga betapa besarnya kebesaran Allah Taala kalau nk dibandingkan dgn kita.wujudkan juga perasaan malu di dalam diri kita atas dosa2 yg kita lakukan.
  • ·         Memahami bacaan di dalam solat.pastikan kita faham apa yg kita lafazkan di dlm solat.solat itu adalah doa dan memuji Allah Taala.sia-sialah solat jika kita xtahu apa yg kita lafazkan.dgn memahami mksd bacaan.kita akn lbh menumpukan trhadap bacaan itu.
  • ·        Merasakan juga itu adalah solat terakhir yg akan kita tunaikan.nescaya kita akn pastikan itu menjadi solat yg terbaik dan berharap Allah akan menerima solat kita itu.


Di samping itu kita juga digalakkan utk membaca surah Annas sebelum mengangkat takbir.ini krn ada pndapat yg mengatakan di dalam hati kita ada jin yg bernama Alkhonnas yg sentiasa melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

Akhir kalam,nabi pernah bersabda; “sollu kama roaitumuni usolli” yg bermaksud solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.solat yg terbaik adalah dari Nabi S.AW..insyaAllah sama2 lah kita berusaha dan mencari solat yg khusyuk dan sempurna..

p/s: kalau sesape yg nk sharekan apa2 input yg berguna, silalah dialu-alukan emelkan ke sini    mhi_54@yahoo.com insyaAllah akan diposkan di blog Jom Share ini..bukan senang taw nk dpt peluang cmni..huhu

Wallahualam..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...