Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Saturday 19 February 2011

solat yang khusyuk???




Assalamualaikum…
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi kerana memberi keizinan utk aku menaip dan mengongsi dgn hampa suma buat kali pertama..selawat dan salam keatas baginda Muhammad S.A.W  dan semoga dengan berkat kita berselawat kpd beliau,kita akan mendapatkan syafaat beliau di akhirat kelak.

Buat yg pertama kali ni aku nk berckp tentang solat..aku nk ckp simple ja disini.aku taw suma hampa dh power dh..dh penoh ilmu didada dh.saja aku nk peringat cikit ja..sepertimana yg kita suma sedia maklum,solat adalah tiang agama.sebagai contoh,kita ibaratkan rumah yg mempunyai tiang.jika tiang yg menjadi nadi kpd kekuatan rumah tu tidak kuat,maka tidak mustahil rumah itu akn runtuh.hal itu sama jugalah seperti agama kita.jika kita mengabaikan tuntutan utk menunaikan solat yakni samada kita meninggalkan terus,ataupun kita mengambil sambil lewa sahaja dan tidak menjadikan solat sebagai benteng yg kuat dlm hidup kita,maka tidak mustahillah akan runtuh jgklah agama yg ada didalam diri kita..kita berdoa kpd Allah supaya perkara itu tidak terjadi kpd kita la noh..

Aku sebenarnya nk share di sini pasal khusyuk dlm solat..ramai diantara kita yg menganggap kita hanya perlu solat 5x sehari.just buat saja tanpa mengambil kira kekhusyukan didlm solat kita tu..adakah kita yakin dgn solat yg kita tunaikan sambil lewa tu diterima Allah Taala..aku teringat kata2 sorg ustaz yg aku penah hadiri satu majlis ilmu.dia kata solat kita yg main2 ataupun org kedah kata smyg halai balai ja,apabila diangkat ke langit dan dibentangkan kpd Allah,maka Allah akn campak balik solat tu ke muka kita(betulkan aku jika aku tersilap tentang perkara ni)..ofkos la kita xterasa benda tu.kalau betoi2 terjadi kat kita,aku yakin tobat lahum hampa jd org alim ulamak la pastu..huhu..tp apa yg kita boleh ambil disini ialah betapa pentingnya penghayatan dan kekhusyukan kita didalam solat tu.Allah Taala berfirman dalam suroh Albaqarah ayat 45,

    وَاسْتَعِينُبِالصَّبْرِوَالصَّلَاةِۚوَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّاالْخَاشِعِينَ     

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (45)

Berdasarkan ayat di atas,Allah Taala berfirman supaya kita meminta pertolongan daripada Dia dengan penuh kesabaran dan dengan menunaikan fardhu solat dan seperti yg kita sedia maklum solat juga adalah suatu bentuk doa yg kita kerjakan melalui perkataan dan perbuatan.Allah juga berfirman didlm Alquran yg bermaksud “berdoalah kepadaKu,nescaya Aku akan perkenankan doa kamu”.didalam ayat diatas juga Allah menyatakan bahawa sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 yg khusyuk.jelas disini kita faham bahawa kenapa ada sesetengah org berasa amat berat utk menunaikan solat.dia measakan amat susah utk bangun menunaikan solat disebabkan dia tidak mencapai khusyuk didalam solatnya.jika dia dapat merasa kesedapan solat itu,nescaya apabila berkumandang shja azan,dia akn teros lompat dan mengerjakan solat.kerana apa?kerana dia tahu apabila dia selesai melakukan solat dengan khusyuk,dia akn merasakan suatu ketenangan didalam dirinya.seperti kisah para sahabat dahulu yg apabila sudah berkahwin dan pada malam pertama mereka,ada para sahabat yg meminta izin dari isteri mereka untuk menunaikan solat ditengah malam kerana mereka merasakan keenakan mengerjakan solat ditengah malam itu.berbeza sekali dengan kita ni.mlm pertama terutamanya bg org lelaki,pasti tidak mahu melepaskan peluang utk bersama isteri mereka..yala dh lama tnggu saat yg mcm tu..aku pn kalau dh bini ada dpn mata,grab aje la..haha.
Allah Taala juga berfirman didalam surah Albaqarah ayat 238,

   حَافِظُواعَلَىالصَّلَوَاتِوَالصَّلَاةِالْوُسْطَىٰوَقُومُوالِلَّـهِ قَانِتِينَ    

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (238)

Allah Taala memerintahkan kita supaya memelihara solat kita dengan bersungguh-sungguh dan sempurna pada waktunya  yakni kita hendaklah berterusan menjaga solat kita supaya menjadi yg terbaik.disamping itu,kita hendaklah segera menunaikan solat apabila telah tiba waktunya krn antara amalan yg paling afdhal adalah solat diawal waktu dan beristiqamah dgn apa yg kita lakukan walaupun hanya dgn amalan yg sedikit.ayat diatas juga Allah telah mengekhaskan akan sembahnyang wusta yakni sembahyang asar.kenapa sembahyang asar?ini krn sembahyang asar sering kali tertinggal oleh kita apabila kita tidur ditengah hari.contohnya kita sbgi student,abeh je kelas pkol  12 teruih pi lunch,pastu bila perot dh tenyang,balik je umh teros lompat kijang atas tilam n teros koma sampai la pkol 6 ptng baru bgun..bkn saja terlepas solat asar,solat zohor pn burn cmtu je..yg lg terok pkol 2 pn termissed kelas..nk tmbh lg terok la kn,bgun kejap je pkol 6 tu pi tencing pastu pi sambung balik tdoq sampe la pkol  11 mlm..terlepas plak solat maghrib..bagun mandi2,pastu pi cari makan..taw pn lapaq dh tdoq sehari.balik pas mkn men game+dota+pesbuk dan tros tdoq..isyak tak semayang n pg sok bagun tros g kelas tanpa solat suboh dan mcm tulah seterosnya.moga2 kita tidak tergolong dlm or2g yg mcm ni.berbalik pada ayat diatas,Allah sebut lg supaya kita solatlah hanya krn Dia dalam keadaan yg taat dan khusyuk..

Aku ingin timbulkan persoalan di sini.. apakah hikmah kalau kita solat dgn khusyuk ni???
Allah berfirman dalam surah Almukminun ayat 1-2,

قَدْ أَفْلَح١لْمُؤْمِنُونَ (١ )الَّذِينَهُمْ فِي صَلَاتِهِمْخَاشِعُونَ    

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1)Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2)


Kita kena yakin dan iktikod bahawa sesungguhnya janji2 Allah Taala itu pasti.sepertimana yg Allah Taala telah berfirman dalam ayat diatas,Allah menyatakan bahawa sesungguhnya dengan maksud yg pasti bahawa berjayalah org2 yg beriman yg mana mereka telah mencapai khusyuk didalam solat mereka.ini adalah antara salah satu hikmah jika kita menunaikan solat dengan khusyuk disamping solat kita diterima,solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara2 mungkar dan lain2.sebenarnya terlalu banyak perkara yg boleh dibincangkan tentang hikmah bersolat dgn khusyuk.cukoplah aku nk bgtau yg ni saja.aku pn bkn taw bnyk sangt..aku amek contoh lg kita sbgi student.apa yg aku paham secara logiknya,khusyuk didalam solat lbh krg mcm kita menumpukan sepenuhnya tumpuan kita terhadap smbhyg  yakni kita betol2 memfokuskan trhadap bacaan2 didalam sembahyg disamping menjaga adab2 dan tertib ketika smbhyg.itu memerlukan komitmen dan disiplin yg tnggi.samalah juga kalau kita praktikkn konsep itu kedlm proses pembelajaran.jika kita dh berjaya khusyuk dlm solat,mksdnya tidak mustahil kita juga akn Berjaya khusyuk  didlm pelajaran .kita akn mudah menumpukan perhatian ketika belajar disamping mempunyai disiplin dan komitmen utk belajar krn kita telah ditarbiyah ataupun dilatih sebegitu didalam solat.walaubagaimanapun itu hnya pandangan aku la..hampa mgkin ada pndagn masing2.trpulangla hampa nk terima atau dak pandgn aku..tp hampa try pikiaq2 la tngok teori yg aku ckp ni..huhu..aku harap hampa pahamla key point apa yg aku nk sampekan yer.

Aku rasa setakat ni aje lah yg leh aku sharekan dgn hampa utk ketika ini..malam pn dh lewat malam ni..aku dh nk kna tdoq..sok kna bngun awai semayang suboh.tak guna jgkla kn aku dok sembang kencang kt sini pasai sembhyg,tp terlepas suboh sok..huhu..gpn sok ada program la..ujung minggu pn ada program..adehh..tp nk wat cmna dh nama pn student kn..kna adapt la ngn suma tu..akhir kalam semoga kita sama2 peroleh manfaat dari apa yg aku share mlm ni..kalau aku ada salah ckp apa2 kt atas tu,tegoqla aku naa..boleh komen kt bwh ni n yg kenai aku tu,leh msg or kol or face to face ngn aku..kita sama2 belajar dan mengajar…ni sini juga aku lampirkan juga mksud yg lengkap cikit pasal sembhyang wusta..

Ulama ikhtilaf (berbeza pendapat) tentang sembahyang Wusta. Wusta bermaksud 
pertengahan waktu, sesetengah ulama (mazhab Hanafi, Hanbali dan ulama 
mazhab Syafie) mengatakan ia adalah sembahyang Asar kerana ia berada di antara 
Zohor dan Maghrib.
Semasa Perang Khandak atau Ahzab, Rasulullah telah meninggalkan sembahyang
 Asar kerana membina parit bagi menyelamatkan nyawa orang Islam pada masa 
itu dari serangan musuh. Rasulullah s.a.w bersabda pada hari peperangan al-Ahzab:
Mereka telah menghalangi kita daripada solat wusta, iaitu solat Asar. Allah penuhkan
 hati dan rumah mereka dengan api neraka! (Riwayat Muslim)
Waktu Asar datang selepas tidur tengah hari yang mungkin terluput dikerjakan oleh
 seseorang.
Dari Ibnu Mas’ud, dia berkata, “Rasulullah s.a.w berkata : “Solat wusta itu adalah
 solat Asar.” (HR Tirmidzi dan beliau menjelaskan bahawa hadith ini adalah Hassan Sahih)

Wallahualam…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...