Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Wednesday 23 February 2011

Al-quran oh Kalamullah

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Segala puji ke hadrat Ilahi Tuhan sekelian alam yang menjadikan kita dari segumpal darah yang hina, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Pada entry kali ni aku nk sharekan dgn semua berkenaan Al-quran..Al-quran adalah mukjizat nabi kita Muhammad S.A.W yg masih kekal sehingga ke hari ini..Al-quran adalah kalam Allah yg diturunkan kpd nabi kita sebagai pedoman dan rujukan. Al-quran adalah wasiat yg Rasullullah tinggalkan kpd kita bersama dgn sunnah2 baginda. Kita sebagai hamba Allah yg menganut agama Islam wajib beriktikod dan mempercayai akan kebenaran Al-quran..

Allah berfirman di dalam suroh Al-baqarah ayat 2,

A002

maksudnya : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2

Banyak pahala yg kita akn perolehi hanya drpd Al-quran. Dgn hanya memandang Al-quran sahaja,telah dicatatkan pahala kpd kita. Selain itu, setiap satu huruf yg kita baca dr Al-quran,akan dicatat sepuluh kali pahala dan sebaik2 pekerjaan ialah kita mempelajari Al-quran dan mengajarkannya kpd org lain pula. Begitu besar kelebihan dan mulianya kitab Al-quran ini jika kita benar2 menghayatinya. Tapi kita sering lupa utk mendalami dan beramal dengannya. apa salahnya dlm masa sehari kita mengambil masa utk membacanya walau sepotong ayat.tidak dpt tidak pn sekadar membaca tafsirnya pn sudah memadai.

Aku nak kongsikan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Beliau berkata, maka kafirlah org yg menolak walaupun satu huruf dari Al-quran dan ulamak2 tauhid bersepakat, barangsiapa yg menolak Al-quran walaupun dgn hanya satu huruf shja, atau dgn satu titik yg ada pada huruf yg mana titik itu ijmak ulamak , maka kafirlah dia..tp apa yg kita lihat skrg sampaikn ada yg sanggup menolak hukum2 Allah yg telah ditetapkan didalam Al-quran atas alasan xbuleh dipakai di zaman moden skrg..MasyaAllah..semoga kita dijauhi dr golongan itu.

Allah befirman di dalam suroh Al-maidah ayat 10,

A010

maksudnya: Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka. (Al-Maaidah 5:10

Akhir kalam, marilah kita sama2 jadikan Al-quran sebagai benteng dan panduan hidup kita. ikutilah segala ajaran yg telah Allah sampaikan kpd kita di dalam Al-quran yg mana itu adalah secara teorinya, dan praktikalnya adalah apa yg diajar oleh Rasullullah S.AW..sesungguhnya akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-quran. dgn mencontohi akhlak baginda Rasullullah S.A.W, maka terselamatlah kita dari fitnah dunia dan isi-isinya..

p/s: di sini aku nk sharekan link berkenaan Al-quran yg boleh kita pelajari iaitu http://www.surah.my/ dan http://tanzil.net/#1:1

Wallahualam..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...