Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Sunday 27 February 2011

Jom Heboh dan Seangkatan

Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana menjadikan kita dengan sebaik-bak kejadian di muka bumi ini serta selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W..

JOM SHARE kali ini akan mengesharekan entry yang berkaitan dengan jom jugak tetapi lain sikit jomnya iaitu JOM HEBOH..seperti yang kita sedia maklum, jom heboh ialah sebuah karnival yang dianjurkan oleh stesen tv swasta yg popular iaitu TV3. karnival ini dilangsungkan dari negeri ke negeri (kecuali negeri pembangkang) yang mana ada jualan,promosi dan lain2. malam kemuncak karnival ini akan diadakan konsert yang mana tv3 menjemput artis-artis tanah air untuk memeriahkan malam penutup.

Persoalan yang aku hendak diutarakan di sini pendek sahaja.. apakah hukum kita sebagai orang islam menghadiri karnival tersebut? aku bukanlah layak untuk menetapkan sesuatu hukum. kita kena berpandukan kepada orang yang lebih arif. so, aku inginlah mengeshare hujah yang dikeluarkan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam facebook beliau.

Jom Heboh Terengganu-Artis Wanita Paling Mendapat Sambutan

Abu Maalik Al Asyaari (rad) meriwayatkan bahawa Rasulullah(saw) bersabda mafhumnya:

“ Nanti ada umat ku akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, akan di-mainkan alat-alat muzik lalu kepala mereka bergoyang mendengar nyanyian penyanyi2 wanita. Allah akan musnah...kan negara mereka bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai KERA dan BABI.. "


(Hadith saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani.)


So, sama-samala kita  kita berfikir apakah hukumnya jikalau menghadiri karnival jom heboh. walaupun ustaz hanya memberi hadis yang pendek tetapi aku pasti kita semua bijak untuk menilainya. nak bagi kita nampak lagi ustaz siap letakkan gambar lagi untuk kita berfikir dengan lebih jelas. 

Aku ingin tambah juga disini yang samala juga dengan konsert-konsert bebas lain yang diadakan yang mencampur adukkan lelaki dan perempuan. artis-artis terutamanya artis wanita menyanyi dan menari diatas pentas, diikut serta pula oleh penonton di bawah pentas. hal itu amatlah tidak elok sekali dan sudah pastilah akan melalaikan kita dari mengingati Allah. perbuatan itu sama sekali tidak berfaedah dan sudah pastilah mengundang murka dari Allah Taala apabila lelaki dan perempuan yang tidak mahram bersentuh-sentuhan.. maka terang-teranglah mereka sedang berbuat maksiat.

Jom share ingin menyeru kepada semua dengan melaungkan slogan "KATAKAN TIDAK KEPADA JOM HEBOH DAN SEANGKATAN DENGANNYA"

Wallahuaalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...