Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Wednesday 1 June 2011

Mengenali Haidh 2

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Tempoh haidh


1. Masa sekurang-kurang haidh ialah sehari semalam dengan syarat berhubung sekelian darahnya .



2. Tempoh sebanyak-banyak haidh lima belas hari serta malamnya dan jika terputus-putus keluarnya sekalipun.



3. Waktu kebisaan haidh tujuh hari atau lapan hari. 



Apabila seorang wanita kedatangan darah kurang dari sehari semalam dengan lain perkatan darah yang kelihatan tidak sampai dua puluh empat jam, maka darah yang kelihatan itu bukan darah haidh.



Darah yang keluar melebihi masa sebanyak-banyak haidh / lima belas hari lima belas malam bukannya darah haidh.


Darah yang berhenti tidak sampai sehari semalam kemudian keluar lagi dan berhenti begitulah seterusnya pada hal masa keluar darah ...tidak melebihi lima belas hari, apabila dihimpunkan darah itu cukup dua puluh empat jam atau lebih maka darah itu adalah haidh dan masa suci (نَقَاء) yang menyalangi di antara darah-darah yang keluar juga dikira didalam haidh.



Adapun darah yang terputus-putus yang tidak mencapai sehari semalam apabila dihimpunkan tidak dikira darah haidh.


Suci di antara dua haidh 


1.Sekurang-kurang tempoh suci yang memisah di antara dua haidh ialah lima belas hari serta malamnya. Kerana dalam sebulan kebiasannya seorang wanita tidak sunyi daripada berlaku haidh dan suci. Oleh sebab tempoh sebanyak-banyak haidh adalah lima belas hari semestinya sekurang-kurang tempoh suci adalah lima belas hari.



2.Tidak ada had pada sebanyak-banyak suci, kerana ada dikalangan wanita yang kedatangan haidh setahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Ini boleh terjadi dengan sebab menyusukan anak atau keadan kesihatan dan mungkin juga ketidak suburan seorang wanita itu.



3. Apabila dalam sebulan seorang wanita kebiasannya tidak sunyi antara kedatangan haidh dan suci dan kita ketahui tempuh kebisan haidh tujuh hari atau lapan hari dengan itu baki dari tempuh kebiasan haidh adalah tempuh kebisan suci. Dengan itu tempuh kebiasan suci bagi mereka yang berhaidh tujuh hari ialah dua puluh tiga hari, dan bagi mereka yang berhaidh lapan hari kebiasannya sucinya dua puluh empat


Suci di antara haidh dan nifas


Sekurang-kurang suci di antara haidh dan nifas boleh berlaku kurang daripada lima belas hari. Samaada terdahulu masa haidh daripada masa nifas atau terkemudiannya dari masa nifas.



Rupa masalah terdahulu masa ha...idh dari masa nifas, bahawa melihat seorang wanita yang mengandung akan darah kadar sehari semalam atau lebih kemudian berhenti darahnya satu saad setelah itu ia pun beranak maka tempuh sekurang-kurang suci pada masalah ini ialah satu saad. 



Rupa masalah terkemudian haidh daripada nifas,seperti seorang perempuan yang sedang bernifas berhenti darahnya dalam masa sesaat setelah enam puloh hari, kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih jika tidak melebehi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang keluar itu adalah darah haidh. Dan masa suci pada masalah ini sesaat .


Suci yang berselang seli dengan haidh (نَقَاء)


Sesaorang wanita terkadang kedatangan suci semasa dia sedang berada didalam tempoh haidhnya adakah suci itu dikira haidh ataupun tidak?



Menurut mazhab Syafie masa yang ia bersih (نَقَاء) daripada haidh itu dikira haidh dengan tiga syarat : 



1. Hendaklah waktu suci itu melingkungi antara dua haidh.



2. Hendaklah tempoh bersih dan haidh tidak melebihi lima belas hari.



3. Darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam.



Yang dikehendaki dengan suci disini apabila memasuk seorang perempuan secebis kapas didalam farajnya setelah dikeluarkan kapas itu tidak kelihatan bekas darah.



Contohnya: Seorang wanita kedatangan darah kemudian berhenti darahnya di dalam beberapa waktu kemudian kembali semula darahnya begitulah seterusnya, jika darah yang keluar itu cukup sehari semalam dan masa kedatangan darah dan suci tidak melebihi lima belas hari serta malamnya maka darah yang kelihatan dan suci antara dua darah adalah dikira waktu haidh.



Darah yang keluar semasa mengandung


Darah yang kelihatan daripada perempuan mengandung tergolong di dalam darah haidh jika menapati ciri-ciri darah haidh, dan sekiranya keluar ia sehinga akhir hari mengandung sekalipun. Tetapi kebiasannya perempuan yang mengandung tidak kedat...angan haidh.

Darah yang keluar di antara dua anak kembar


Dua orang kanak-kanak dikira kembar apabila di antara kelahiran yang pertama dan kelahiran kedua tidak sampai enam bulan. Seumpama seorang wanita melahirkan seorang anak kemudian belum sampai enam bulan dia melahirkan seorang lagi, maka kedua anak itu adalah kembar. Dengan itu apabila ia kedatangan darah di antara keluar dua anak kembar itu, maka darah yang kelihatan adalah darah haidh apabila mengikut ciri-ciri darah haidh. Bukanlah darah yang keluar itu nifas, kerana belum kosong peranakan daripada anak.


Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan beranak


Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan keluar anak ialah darah haidh apabila darah yang keluar mencapai sekurang-kurang haidh dan tidak melebihi sebanyak-banyaknya, seperti seorang perempuan yang sedang mengandung melahirkan anggota anaknya yang di dalam kandungan kemudian ia kedatangaan darah sehari semalam atau lebih tetapi tidak melebihi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang kelihatan itu ialah darah haidh.


Mengundang kedatangan haidh dan memberhentikannya dengan ubat


Dibolehkan seorang wanita mengunakan ubat bertujuan mendatangkan haidh dan memberhentikannya tetapi dengan beberapa syarat



1. Hendaklah pengunan ubat tidak memudaratkannya, jika sebaliknya maka tertegah daripada mengunakan ubat. Islam melarang umatnya membinasakan diri 



2. Mestilah mendapat restu daripada suami, demikian juga pengunan pill perancang keluarga semestinya seorang istiri itu mendapat keizinan daripada suaminya. Kerana disini ada hak-hak suami yang wajib dijaga



3. Janganlah dengan mengunakan ubat untuk mendatangkan haidh bertujuan mengugurkan kewajipan seperti sembahayang, puasa dan lainnya.

Tanda suci dari haidh.


Seorang wanita itu diangap suci dari haidh apabila berhenti darah yang keluar dan tidak ada kesan pada kapas yang dimasukkan. Yakni kapas yang dimasukkan setelah dikeluarkan kelihatan bersih dengan tida kesan darah. Jika masih ada kesan darah tetapi tidak keluar darah itu pada zahir faraj yang wajib dibasuh pada ketika istinjak, maka darah itu ialah haidh apabila ia tidak kurang sehari semalam dan tidak lebih dari limabelas hari lima belas malam.





wallahua'lam

2 comments:

kambeng.karbonat said...

boleh la ajar isteri nanti. :D

NB said...

insyaAllah..tp tu serba sedikit saja..bnyk lagi yg perlu kita pelajari =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...