Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Sunday 12 June 2011

Jika Tidak MAMPU BERKAHWIN, Apa Solusinya ?

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberikan lagi kesempatan untuk merasa lagi hidup bertunjangkan Iman dan kepercayaan hanya kepada yang Maha Esa. Disini aku sisipkan tulisan dari sebuah blog yang pada pengamatan aku dapat memberi sedikit sinar baru kepada orang muda seperti aku untuk bermujahadah melawan nafsu dan menahan diri bagi mereka yang ingin berkahwin tetapi belum mempunyai kemampuan.
...................................

“ Kan mak dah cakap beberapa kali, kahwin selepas belajar. Apa yang kau nak bagi makan pada anak orang tu jika kahwin sekarang? Pasir?”
Panas, membakar di telinga rasanya ungkapan ala-ala petikan filem Ibu Mertuaku..

Berdustalah bagi mereka yang mengatakan bahawa berpasangan itu tidak perlu hatta dalam Al quran juga Allah telah berfirman:

dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.



-Surah Ar Rum:21-
Namun, ini tidak bermakna Islam mengiyakan segala tuntutan zahir dan batin seseorang tanpa bertunjangkan syariat. Perlu ada batasnya.
Mungkin ada beberapa sebab yang mendorong kepada keTIDAK MAMPUan tersebut:
-         - Masih memikul amanah sebagai pelajar
-          -Tiada sumber pendapatan yang meyakinkan
-          -Tanggungan keluarga yang terbeban keatasnya
-         - Harapan ibu ayah dan keluarga

Tidak ana berniat untuk mengulas perkara ini lebih lanjut. Dengan segala macam sebab yang menghalang kepada solusi pernikahan, bagaimanakah ingin menanganinya???

  BUAT WANITA TUNJANG DAKWAH.
1.       Terjagakah auratmu?
“Ustazah, tidak perlulah menjaja tentang aurat-aurat ni. Ada juga yang bertudung lebih teruk perangainya daripada kami yang tidak bertudung ini.”
Inilah cabaran berdepan dengan golongan yang masih tinggi egonya. Kata seorang pakar motivasi;
“Dalam hal kebaikan, kita perlu melihat pada orang yang jauh lebih depan dari kita untuk menyuntik semangat menjadi yang lebih baik”
Memang tidak dinafikan, ada yang bertudung masih tidak sempurna akhlaknya.
Wahai wanita, apabila kita menyintai seseorang, kita akan lakukan apa yang bertepatan dengan apa yang dia sukai bukan? Begitu juga dengan Allah, buatlah apa yang DIA sukai seperti firmanNya:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Surah Al Ahzab:59-
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
Yakinlah dengan janji Allah, sekiranya kamu memelihara agamaNya, kamu juga akan dipelihara Allah termasuklah dalam hal jodoh.

Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup.
Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Dan ingatlah, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

LELAKI PENYAMBUNG JIHAD
1.       Pandangan matamu tundukkanlah
“Apa relevannya tundukkan pandangan dengan hal-hal perasaan ni? Macam tiada kaitan je..”
Pening juga nak menjawab persoalan ini pada awalnya. Teringat kata-kata Ustaz Ridha pada suatu program,
“Lelaki lebih terdorong emosi dan perasaan melalui pandangan, manakala wanita melalui sentuhan menurut kajian”
Subhanallah, Maha Benarlah Allah yang tahu segala tentang hambanya menerusi firmanNya;

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka  dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
-Surah An-Nur:30-

Mengapa perlu tunduk?
Ia adalah manifestasi rukuk dan sujud yang senantiasa kita lakukan, yakni tunduk dengan kepatuhan pada arahan Allah yang Maha Kuasa sebagai tanda bahawa seseorang itu tunduk patuh pada suruhan Allah s.w.t.
Itulah puncak kepada ketenangan luar biasa dalam diri kerana pandangan itu melahirkan keinginan yang tidak bisa dicapainya,  sedang jiwa dibebani dengan desakan-desakan untuk mendapatkannya, maka kepuasan hakiki yg memadamkan bara nafsu hanyalah dengan patuh padaNya lalu menundukkan kedua mata sekaligus dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

Yakinlah sahabat, hatimu akan dihiasi dengan sinaran cahaya yang menjadikannya pintu kepada hidayah dan ilmunya seseorang hamba, melenyapkan kegelapan yang tampak pada wajah dan tindakan serta membebaskan hati dari syahwat yang melalaikan. Dan engkau akan dikurniakan pandangan mata hati yang sentiasa benar dalam menuntun kehidupanmu kepadaNya. BERUSAHALAH...

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan :
“Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya

(Rujukan, Ibnul Qayyim: Raudhatul Muhibbin, Ghaddul Bashar)
  
TINDAKANKU SELEPAS INI
1.       Menyibukkan diri dengan medan dakwah
“Perkahwinan kan sunnah nabi, dakwah pun apa yang Nabi buat masa hayat baginda.. Mana yang lebih penting ni??!!!” Ahmad bermonolog.
Terngiang-ngiang tazkirah Ustaz Abdullah semalam semasa daurah selepas dilontarkan persoalan yang sama.

“Adalah sebaiknya jika kita dapat keduanya, bermaksud dengan perkahwinan kita terus memantapkan dakwah dengan sokongan dan kerjasama antara kedua-dua pasangan, namun...” dipandangnya wajah-wajah pemuda dihadapannya yang seakan-akan terpaku menunggu jawapan.

“Jika berlaku pertembungan antara DUA Al Masalih ( kemaslahatan/kebaikan) yang tidak boleh disatukan dengan sebab-sebab tertentu seperti perkara diatas,perlu ada pertimbangan kerana dalam Islam, tidak semua kebaikan berada di dalam satu taraf”ulas Ustaz Abdullah lanjut.

‘FIQH AL AWLAWIYYAT’
Kita merujuk kepada lembaran ulama yang membahagikan Al Masalih kepada 3:
1.       Al Daruriyyat (perkara mutlak yang diperlukan untuk kehidupan manusia)
2.       Al Hajiyyat (perkara yang diperlukan kerana ketiadaannya akan menyukarkan kehidupan manusia)
3.       Al Tahsiniyyat (perkara pelengkap dan menjadi hiasan dan menambah kesempurnaan kehidupan manusia)
Dan sahabat, perbahasan Al Daruriyyat lebih mendalam kepada 5 peringkat yang merangkumi Maqasid Syar’iyah iaitu:


c)     
Jadi, mari sama-sama kita cuba praktikkan:
Perkara 1:
- Maksiat dan masalah sosial sekarang seolah-olah menjadi kebiasaan sehinggakan kita merasa pelik sekiranya semua orang bertudung, solat jemaah sehingga ada kata-kata ‘nak kiamat ke ni?, semua orang dah insaf nampaknya’.
memetik kepada firman Allah;

kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.
-Ali ‘Imran:110-

Menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, jangan sesekali mengharapkan orang lain yang memikulnya kerana dikhuatiri, kita tidak terlepas daripada al Mizan Allah kelak.
Jadi, ini termasuk dalam Al Daruriyyat.
Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal ketika program ‘Ku Terima Nikahnya’ di Kolej Mawar dulu,
“Sibukkanlah berfikir dan merancang untuk dakwah sekiranya kita tidak mampu untuk berumah tangga, insyaAllah kamu akn lebih terpelihara daripada masalah hati”

2.       Berpuasalah
“Amalan orang sekarang, apabila sudah ditimpa penyakit, baru berusaha mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya perubahan bahawa puasa juga adalah penawar bagi penyakit
                                                                -Dr Lonny J Brown (Adventures in Therapeutic Fasting)

Rasanya ramai sahabat yang menjadikan hadith ini sebagai hafalan,

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: "Wahai kumpulan anak-anak muda!
Barang siapa antara kamu yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia
berkahwin! Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pemandangan
dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka
hendaklah dia berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu."

-Hadis riwayat Jamaah-

Terdorong pada pasangan adalah fitrah, namun boleh juga dikatakan ‘penyakit’ kerana ia mampu mengubah sikap seseorang kerana cinta pada makhluk. Maka PUASA adalah salah satu penyelesaian. Hal ini bagi menundukkan nafsu kerana ada kata-kata pujangga;
“Jadilah kamu sebagai penunggang kepada nafsu dan mengarahkannya kemana ia tuju, bukan kamu yang mengikut kemana pun ia pergi”

3.       Kurangkan komunikasi
“Ustaz, macam mana hendak menahan dari zina hati? Saya terpaksa berbincang dengan si dia kerana banyak hal kerja yang perlu diselesaikan”luah seorang pemuda.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, salah satu penyelesaian yang dapat dikongsi, berbincanglah hanya pada perkara-perkara yang perlu. Adalah lebih baik jika diusahakan, perbincangan melalui orang tengah.

  Berkawanlah dengan SAHABAT pemberi peringatan
Carilah dan dekatilah sahabat yang dapat mengingatkan kita kepada Allah dan menegur kita sekiranya kita terlalai dariNya.
Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Thalib RA

“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari keduanya meninggal lebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari surga. Ketika itu ia mengingat teman akrabnya di kala di dunia lalu ia berdo’a :
“Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyadarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku.”

Maka Allah berkata padanya, “Pergilah. Seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya, niscaya engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.” Sampai kemudian teman akrabnya itu meninggal dunia dan ruh mereka bertemu. Dikatakan kepada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…”



Subhanallah, alangkah indahnya. Pertemuan yang sangat mengesankan dan penuh kegembiraan. Bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada redhaNya…
5.       Ikhlas kepada Allah.
Sukarnya mentafsir tahap ikhlasnya seseorang. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah.
Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:


“Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”

Kerana Allah lah Yang Maha Agung untuk dicintai wahai sahabat.






 Wallahua'lam.

Sumber : As-syifa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...