Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
InsyaAllah entry kali ni akn berkongsi berkenaan dengan doa. Ini kali pertama aku nak kongsikan entry berkenaan dengan doa. InsyaAllah selepas ini akan ada lagi entry berkenaan dengan doa yang boleh kita sama-sama beramal.
Kali ini aku nk kongsikan doa yang Nabi galakkan kita baca iaitu doa selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam di dalam solat. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud R.A. yang berbunyi:
"Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Di sini dikongsikan doa-doa yang boleh di baca :
Pertama:
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)
kedua:
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
ketiga:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Sumber: Koleksi Soal Jawab Solat
Wallahua'lam
2 comments:
izin share... :)
silakan..ilmu Allah harus dikongsi =)
Post a Comment