Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Sunday, 26 June 2011

Wanita Berwajah Hodoh

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Seorang gabenor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.

Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi  seolah-olah mereka  kekurangan harta.

Dengan kehairanan Gabenor bertanya, “Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”

Wanita berwajah buruk itu menjawab, “Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”

“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.

Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal.”

Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam. Dia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.

Akhirnya Gabenor  jatuh cinta kepada perempuan buruk  itu. Khabar itu tersebar ke segenap pelusuk negeri. Menteri dan orang besar negara sangat hairan, bagaimana seorang Gabenor boleh menaruh hati kepada perempuan  hodoh itu.

Maka pada suatu kesempatan,  mereka diundang oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang  hodoh tadi. Mereka diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman anggur segar. Gabenor  memerintah agar mereka membaling gelas masing-masing.Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.

Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut. Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak terkejut dan kehairanan. Gabenor itu bertanya, “Mengapa kamu membaling gelas itu?

Tanpa takut wanita itu menjawab :

Ada beberapa sebab:

Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik,  kerana kewibawaan Tuan terjaga  lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”
Gabenor  terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.

Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.

“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah. Sebab di dalam Alquran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka  saya laksanakan perintah Tuan.”

Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.
“Masih ada sebab lain?”

Perempuan itu mengangguk dan berkata.

“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di cap gila daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti saya sudah berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya.

Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana Gabenor memperolehi  jodoh  yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.

Oleh :  Ust M. Zainuddin

Sunday, 12 June 2011

Mengapa Tangan Melekat Di Kemaluan?

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم


“Fitnah lebih tajam daripada mata pedang. Kisah berikut dapat menjelaskan kepada kita tentang bahana fitnah kepada pelakunya. Mungkin pada zaman mutakhir ini, Allah tidak menyegerakan balasan kepada orang yang melakukan fitnah. Jangan silap sangka bahawa cerita fitnah adalah satu kebenaran hanya kerana tidak berlaku sesuatu bala kepada penyebar fitnah. Sebenarnya, apabila Allah membiarkan pemfitnah berumur panjang, sihat dan sebagainya, itulah bala sebenarnya.

Pemfitnah jadi tidak takut melakukan fitnah dan sebarang dosa. Dia akan lakukan fitnah dan dosa dari satu kes ke satu kes dari semasa ke semasa. Inilah sebenar-benar bala. Allah membiarkan dia melakukan fitnah hingga ke hujung hayatnya tanpa sempat memohon maaf dari mangsa fitnahnya. Berikut merupakan kisah yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman.

Kisahnya ialah tentang insiden melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong?Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu. Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.

Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat pada kemaluan mayat tadi.

Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah. Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah. Insaflah wahai sahabat-sahabatku, para forumer, bloggers dan sekaliannya. Berhati-hati dalam berkata dan menulis agar kita tidak menjadi sebahagian daripada rantaian fitnah.



Wallahua'lam.


Sumber : Cetusan Hati

Wednesday, 8 June 2011

Tonton Video Lucah Sebelum Ke Mekah

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.


Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.



Tuesday, 7 June 2011

Si Miskin dan Si Kaya

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang- panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang- camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. 


Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.




wallahua'lam

Sumber : Ustaz Azhar Idrus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...