Assalamualaikum..
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
Terdapat 3 cara untuk memotong kuku jari tangan yang disebutkan oleh para ulamak:
Cara pertama: Dimulakan dengan memotong kuku jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah(hantu) kanan, kemudian jari manis kanan, kemudian jari kelinking kanan, kemudian ibu jari kanan, selepas itu jari kelinking kiri, kemudian jari manis kiri, kemudian jari tengah kiri, kemudian jari telunjuk kiri, dan akhirnya ibu jari kiri. Cara ini adalah qaul muktamad yang disebut oleh imam Nawawi dalam kitab Tuhfah.
Cara kedua: Dimulakan dengan memotong kuku jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah(hantu) kanan, kemudian jari manis kanan, kemudian jari kelinking kanan, , selepas itu jari kelinking kiri, kemudian jari manis kiri, kemudian jari tengah kiri, kemudian jari telunjuk kiri, kemudian ibu jari kiri dan akhirnya ibu jari kanan. Cara ini adalah dilakukan oleh Imam Ghazali.
Cara ketiga: Dilakukan secara berselang -seli dimulai kuku jari kelinking kanan, kemudian jari tengah kanan, kemudian ibu jari kanan, kemudian jari manis kanan, kemudian jari telunjuk kanan, selepas itu ibu jari kiri, kemudian jari tengah kiri, kemudian jari kelinking kiri, kemudian jari telunjuk kiri dan akhirnya jari manis kiri. Cara ini dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang disebutkan dalam Kitab Mughni Ibn Quddama.
Cara memotong kuku jari kaki pula ialah dimulai jari kelingking kaki kanan secara berurutan sehinggalah diakhiri jari kelinking kaki kiri.
Sebagai tambahan :
- Sunat memotong kuku pada petang khamis, pagi jumaat dan hari isnin
- Sunat juga membasuh jari selepas memotong kuku.
Wallahua'lam.
2 comments:
Terimakasih,mengingatkan kembali perkara-perkara sunat yang walaupun nampak kecik tapi ada pahalanya jika ikut sunnah.
sama-sama2..betul 2.. =)
terima kaseh kembali kerana sudi membaca..semoga kita dapat beramal dan menghidupkan sunnah Nabi =)
Post a Comment