Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Wednesday, 1 June 2011

Mengenali Haidh 1

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah dengan rahmat iman dan islam dapat lagi kita hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Sebagai seorang hamba, kita tidak terlepas daripada mempelajari ilmu yang berkaitan dengan kehidupan harian kita. Antara ilmu yang wajib dipelajari oleh kita ialah ilmu fekah. Ilmu berkenaan dengan haidh adalah amat penting dan wajib dipelajari terutamanya kaum wanita. 

Adapun kaum lelaki tidak ada haidh, akan tetapi mereka hendaklah mengetahui juga akan ilmu ini supaya boleh diajar kepada isteri dan anak-anak perempuan mereka. Jika seseorang suami tidak arif tentang ilmu haidh ini, maka wajiblah bagi isterinya keluar mempelajari ilmu ini diluar. Suaminya tiada hak untuk melarangnya kerana kekurangan yang datang darinya. Mari kita sama-sama mengenali haidh dengan serba sedikit.

Mengenal Haidh


Haidh dari sudut bahasa ialah mengalir (السَّيْلاَن)



Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ



Ertinya darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu



Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga



1. Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada waktu sihat



2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin



3. Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.



Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222



Dalil darah Haidh



Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat 



Dan sabda nabi (ألنبي صلى الله عليه وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ



Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan
Hukum mempelajari tentang haidh 



Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.
Warna darah haidh



Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh



1. Hitam



2. Merah 



3. Warna antara keemasan dan merah (perang)



4. Kuning



5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih 
Warna kuning dan keruh



Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.



Umur berlaku haidh


Sekurang-kurang umur seorang wanita kedatangan haidh iaitu sembilan tahun hijrah lebih kurang, tidak dengan genap sembilan tahun kerana apabila seorang perempuan melihat darah sebelum sampai sembilan tahun iaitu pada satu... tempoh yang tidak mencukupi sekurang-kurang masa haidh / sehari semalam, dan sekurang masa suci / lima belas hari serta malam, maka darah itu adalah haidh. Jika darah yang keluar melebihi tempuh yang tersebut maka ia bukannya darah haidh. Bermakna apabila seorang wanita mendapati keluar darah lima belas hari atau kurang sebelum genap sembilan tahun, maka darah yang kelihatan itu adalah haidh, dan jika enam belas hari atau lebih sebelum genap sembilan tahun, maka darah itu ialah darah rosak / pasad.

Usia putus haidh



Untuk mengatahui seorang wanita telah putus daripada haidh, hendaklah ia mengiktibar / membuat perbandingan dengan putus haidh perempuan yang semasa dengannya. Sebahagian ulama berpendapat perbandingan hendaklah dibuat dengan keluarga yang hampir. Pendapat yang pertama adala terlebih kuat.



Sehabis-habis masa putus haidh pada kebiasannya enam puluh dua tahun, sebahagian ulama berpendapat enam puluh tahun, kata setengah pendapat lima puluh tahun. Tahun yang dikehendaki di sini ialah tahun Hijrah. Tetapi tidak ada masa yang tetap bagi kesudahan haidh. Ini kerana apabila sesoarang wanita telah mencapai umur putus haidh sedangkan dia masih kedatangan darah yang mengikuti syarat haidh, ataupun dia telah putus haidh buat beberapa masa kemudian ia kedatang darah, maka darah yang dilihat itu adalah haidh. 


Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...