Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” (Surah adz-Dzaariyat : Ayat 55)




Monday 4 April 2011

Haram Poco-Poco?

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana member nafas kepada kita lagi pada hari ini untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hambaNya serta selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W.

Pada bulan lepas, sebagaimana yang dicanangkan di akhbar dan media massa malahan di bolg-blog tertentu, ada  di siaarkan mengenai hukum berpoco-poco yang di keluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bahawa hukum berpoco-poco adalah haram. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.  Di bawah ini adalah contoh surat yang dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri perak. 



Isu ini menjadi semakin rancak apabila sebuah akhbar tanah air kita meminta seorang menteri di jabatan perdana menteri untuk mengulas mengenai hukum tersebut. Jawapan beliau adalah hukum berpoco-poco tidaklah haram di seluruh Malaysia tetapi beliau menghormati fatwa yang dikeluarkan di negeri perak. Boleh baca di sini.

Dan tidak habis di situ juga apabila seorang bekas mufti perlis iaitu Dr. MAZA juga tidak terlepas daripada membahas mengenai isu tersebut.. Kali ini beliau pula menyatakan hukum berpoco-poco adalah harus jika bertepatan dengan syarak dan ia juga boleh menjadi haram jika bertentangan dengan syarak. Boleh juga baca di sini 

Semua ini membuatkan kita pening kerana berlaku banyak pendapat yang dikemukakan. Apa yang aku boleh dikongsikan di sini adalah kita lihat kembali dari manakah asalnya datang tarian poco-poco ini? Apakah tujuan asal tarian ini diadakan? Adakah ia bertentangan denagan syarak? Aku bukanlah ulamak ataupun pakar untuk menjawab persoalan ini. Jadi kita tengok pula jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar di dalam laman facebooknya mengenai tarian poco-poco ini.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."

Tolong jangan ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Jerat murtad telah siap terpasang menanti umat Islam masuk kedalamnya.

Firman Allah Taala yg bermaksud :

"Dan tidak akan redha kepada kamu oleh yahudi & nasoro sehingga kamu semua mengikut cara hidup mereka."

Siapa yg redha dgn cara hidup yahudi & nasoro maka matilah dia sebagai yahudi dan nasoro.

Jangan sekali2 kita berani mengikut fatwa2 syaitan dajal yg mengharuskan tarian yg amat sesat ini..

InsyaAllah sekarang jelaslah kepada kita bahawa tarian poco-poco ini berasal dari suatu kaum yang jelas sekali kepada kita bahawa mereka itu sesat iaitu orang yang beragama kristian. Dan tujuannya pun bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaiknya kita yang berakal waras ini janganlah terikut-ikut dan terpedaya dengan budaya kaum lain yang jelas nyata boleh memesongkan akidah kita. 


Andai kata mahu beriadah ataupun merelease tension sekalipun, banyak lagi cara ataupun senaman sihat yang boleh kita amalkan. Sedangkan kita sedia maklum solat itu sendiri adalah senaman yang paling baik lagi berpahala. Jika ada di antara kita juga yang terlalu meminati tarian tersebut, bolehlah diubah gayanya jika mahu juga mengamalkannya juga. Ciptalah satu gaya baru yang tidak sama seperti gaya poco-poco tetapi boleh memberi kepuasan kepada kita. InsyaAllah dengan akal yang sejahtera, kita mampu mengubahnya.






Wallahua'lam.

2 comments:

kambeng.karbonat said...

terima kasih atas post ini.da lama dok carik yg mna betol yg mna salah.

NB said...

sama-sama =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...